Tuesday, November 19, 2019

Aku rindu,
Waktu kita dahulu,
Saat waktu seakan mengakrab,
Jarak pun mendekat.
Bait bicaramu,
banyak mengingatkan aku,
pada Tuhan.
Tapi,
Kini,
jarak seakan melebar,
waktu tempat sendu,
segalanya seakan bisu.
Mungkin,
kerna khilafku semalam,
mungkin,
kerana dosaku yang belum padam?
Ah,
kenangan,
terlalu manis untuk dikenang,
Mahu dibuang juga sayang,
Lantaran jarak yang memisahkan.
Aku rindu,
Moga Tuhan jaga kau dan aku,
Sampai syurga,
Satunya kita.

No comments: