Wednesday, December 4, 2013

Perjalanan ukhwah


Ya Allah,
Kuatkanlah hati aku ini untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat
Kuatkanlah iman aku untuk terus tidak berehat dalam persahabatan
Berilah aku kekuatan untuk berhadapan dengan masalah yang melandan
terhadap aku dan sahabat-sahabatku.

sahabat,

Dalam perjalanan ukhwah pastinya ada manis dan pahitnya yang kita akan rasa
Adakala perjalanan ukhwah kita mudah dan adakala sukar
"Mengapa menjadi sukar?"
Sebab Allah nak uji adakah Cik Iman kita ni kuat atau tidak.
Kalau Cik Iman kita ni lemah, persahabatan kita juga akan menjadi lemah.

Tapi . . .

Kalau kita tak kuat untuk hadapi masalah dalam persahabatan, kita kenalah dekat
dengan orang yang kuat imannya. Kita share-share cerita dengan dia. Mungkin dia boleh
bagi tips atau dia dapat membantu kita.


Ini kisah aku dan sahabatku

Dalam persahabatan, aku dapat mengenalnya dengan lebih mendalam
Dia baik, solehah, pandai menjaga diri dan aku percaya suatu hari nanti kaulah 
yang akan datang mengelap air mata dan memberi semangat kepada aku.

Dulu kau pernah menyatakan isi hati kau dekat aku. Kau kata, Cik hidayah 
datang ketuk pintu hati kau. Kau kata lagi, Cik Hidayah nak kau berubah. Berubah ke arah kebaikan. Dan kau pun tersedar yang kau ni orang islam tapi bercouple dan buat benda 
yang Allah tak suka. Waktu tu, kau dah mula sedar, dan kau perlukan bimbingan dari 
seseorang yang kuat iman dia. Alhamdulillah, orang yang kuat iman tu ada depan mata 
ja selama ni tapi tak nampak dia sebab dia sorokkan dirinya dibelakang daun. *hihi

Kalau kau tak tau apa-apa berkaitan agama, kau akan buka kamus agama kau 
iaitu cikgu bimbingan kau tuh. Waktu tu, aku rasa cuak. Kenapa tiba-tiba kau nak 
berubah seratus peratus diri kau? Hmm.. Ehh. Aku kena bersangka baik. Dia nak berubah sebab Cik Hidayah ketuk pintu hati dia kut.. hmm.. Thing positive Fairuz! 
*Dia nak berubah, kau kenalah support dia bukan bersangka buruk dkt dia. 


"Teruskan bermujahadah sahabat! Niat penting kerana Allah. Jaga hubungan dengan Allah. 
Insya Allah, Allah jaga kita dengan sebaiknya." -Ain 

"Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tidak mengubah 
nasibnya sendiri." -Farzana

"Pimpinlah tangan aku saat ku terjatuh." -Wan

"Be with Allah and Allah will be with you." -Qis

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. kan?" -Wafa 

"Persahabatan bukan tentang siapa yang datang lebih dulu, bukan siapa yang lebih lama kamu kenal. Tetapi mereka yang datang dan tak pernah pergi." -Aku



"Ehh.. awak-awak! awak tau tak tanggungjawab sebagai seorang sahabat?"

"Err.... Jap saya nak tanya ustazah saya kejap." *err.. mana ustazah ni? jawaplah fon. Alorh. Ustazah 
tak angkat fon pulak dah.. Eh! aku ingat dah!

"Ha! Baru saya ingat, tanggungjawab sebagai seorang sahabat ialah sentiasa 
memimpin tangan sahabatnya ke arah kebaikan." *eh. betul ke tak apa yg aku cakap?

"Ouhh.. Baru saya tau tanggungjawab sebagai seorang sahabat. Syukran ya ukhti."

"Afwan. Dah ada ilmu kenalah share dengan orang lain."


  
" Setiap pertemuan pasti ada perpisahan"

Teruskan bermujahadah wahai sahabatku!

Teruskanlah perjuangan.

Ke titisan darah yang terakhir 

Dan . . .

Hidupkanlah bulatan gembira kita suatu hari nanti.

Ada jodoh kita jumpa lagi sahabat!

Insya Allah

2 comments:

Unknown said...

nice entry ..
ur blog so cute. i like it .

Unknown said...

nice entry .