Thursday, October 24, 2013

Nikmat penglihatan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, exam dah habis. *rasa nak lompat bintang 44. Eh. 
Wah, sudah bersawang blog aku ni. Dah tiga minggu aku tinggal blog sebab repair untuk exam.
Tengok tajuk entry dekat atas tu. "Nikmat penglihatan? macam pelik ja."
  
Baru-baru ni aku ternampak sepasang suami isteri yang buta sedang melintas jalan.
Tiba-tiba aku bertanya kepada diri aku sendiri, "kalau aku buta macam mana? Mesti semua 
orang akan tak akan layan aku, dan membenci aku." ya Allah :'(

Cuba kita tutup mata kita seminit. Tentu kita tidak boleh melakukan kerja dengan mata 
yang tertutup, kerana kita sudah terbiasa dengan mata yang terbuka. Tapi macam mana pula
dengan orang yang buta penglihatannya sejak dilahirkan didunia. Dia tidak pernah melihat 
ibubapa, dunia, malah wajahnya sendiri. Mereka sangat berbeza dengan kita yang dapat melihat 
segalanya tetapi kita tidak mengunakan nikmat penglihatan dengan baik. Walaupun mereka 
buta penglihatan, tetapi mereka tidak buta ilmu pergetahuan malah mereka boleh menghafal
al-Quran lebih dari kita. 

Gunalah nikmat penglihatan kita dengan baik. Allah boleh ja tarik balik pinjaman 
diberikan kepada kita. Kalau mata sakit, pergilah cuci mata dengan ayat al-Quran
tapi bukan pergi tengok orang yang bukan mahram pula ye. c:

No comments: