Tuesday, November 19, 2019

Aku rindu,
Waktu kita dahulu,
Saat waktu seakan mengakrab,
Jarak pun mendekat.
Bait bicaramu,
banyak mengingatkan aku,
pada Tuhan.
Tapi,
Kini,
jarak seakan melebar,
waktu tempat sendu,
segalanya seakan bisu.
Mungkin,
kerna khilafku semalam,
mungkin,
kerana dosaku yang belum padam?
Ah,
kenangan,
terlalu manis untuk dikenang,
Mahu dibuang juga sayang,
Lantaran jarak yang memisahkan.
Aku rindu,
Moga Tuhan jaga kau dan aku,
Sampai syurga,
Satunya kita.

Wednesday, June 17, 2015

Lepas SPM nanti buat apa?

      Assalamualaikum blogger semua. Dah lama tak merapu dekat blog nih. Post yang terakhir 12februari 2013bersamaan sewaktu aku umur 14 tahun, sekarang dah 16 tahun (dengar macam makin tua ja). Lama gilahh. Sekarang aku lebih aktif di instagram dan siapa yang nak tengok karya yang tak seberapa aku silalah ke @fairuzaag 

Satu hari tu, adalah sembang-sembang dengan abang ipar.

"Lepas SPM nak buat?"

"Kawin" Jawapan spontan aku.
"Tak nak sambung belajar ke?"
"Naklah. Tapi tak tau nak sambung bidang apa."
"Tak nak ambil bidang fotografi ke?"
"Nak. Tapi mama tak izinkan ambil bidang tu." 
-Ada sebab mama tak bagi aku ambil bidang tu
"Kalau betul nak masuk bidang tu, abangngah boleh tolong nanti."

"Mekasih ;)"


          Dailog antara aku dengan abang ipar tu sebenarnya panjang. Tapi, takkan aku nak taip panjang-panjang kan? bosan nanti. kehkehekeh

so, post aku hari ni, adalah karya-karya aku.
jemput tengok. :D












Pada pandangan anda semua, adakah saya layak untuk dijadikan photographer anda?

id wechat: peruz_aag


11.33 malam
30 Syaaban
Esok 1 Ramadhan (Slmt berpuasa!)

Wednesday, December 4, 2013

Perjalanan ukhwah


Ya Allah,
Kuatkanlah hati aku ini untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat
Kuatkanlah iman aku untuk terus tidak berehat dalam persahabatan
Berilah aku kekuatan untuk berhadapan dengan masalah yang melandan
terhadap aku dan sahabat-sahabatku.

sahabat,

Dalam perjalanan ukhwah pastinya ada manis dan pahitnya yang kita akan rasa
Adakala perjalanan ukhwah kita mudah dan adakala sukar
"Mengapa menjadi sukar?"
Sebab Allah nak uji adakah Cik Iman kita ni kuat atau tidak.
Kalau Cik Iman kita ni lemah, persahabatan kita juga akan menjadi lemah.

Tapi . . .

Kalau kita tak kuat untuk hadapi masalah dalam persahabatan, kita kenalah dekat
dengan orang yang kuat imannya. Kita share-share cerita dengan dia. Mungkin dia boleh
bagi tips atau dia dapat membantu kita.


Ini kisah aku dan sahabatku

Dalam persahabatan, aku dapat mengenalnya dengan lebih mendalam
Dia baik, solehah, pandai menjaga diri dan aku percaya suatu hari nanti kaulah 
yang akan datang mengelap air mata dan memberi semangat kepada aku.

Dulu kau pernah menyatakan isi hati kau dekat aku. Kau kata, Cik hidayah 
datang ketuk pintu hati kau. Kau kata lagi, Cik Hidayah nak kau berubah. Berubah ke arah kebaikan. Dan kau pun tersedar yang kau ni orang islam tapi bercouple dan buat benda 
yang Allah tak suka. Waktu tu, kau dah mula sedar, dan kau perlukan bimbingan dari 
seseorang yang kuat iman dia. Alhamdulillah, orang yang kuat iman tu ada depan mata 
ja selama ni tapi tak nampak dia sebab dia sorokkan dirinya dibelakang daun. *hihi

Kalau kau tak tau apa-apa berkaitan agama, kau akan buka kamus agama kau 
iaitu cikgu bimbingan kau tuh. Waktu tu, aku rasa cuak. Kenapa tiba-tiba kau nak 
berubah seratus peratus diri kau? Hmm.. Ehh. Aku kena bersangka baik. Dia nak berubah sebab Cik Hidayah ketuk pintu hati dia kut.. hmm.. Thing positive Fairuz! 
*Dia nak berubah, kau kenalah support dia bukan bersangka buruk dkt dia. 


"Teruskan bermujahadah sahabat! Niat penting kerana Allah. Jaga hubungan dengan Allah. 
Insya Allah, Allah jaga kita dengan sebaiknya." -Ain 

"Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tidak mengubah 
nasibnya sendiri." -Farzana

"Pimpinlah tangan aku saat ku terjatuh." -Wan

"Be with Allah and Allah will be with you." -Qis

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. kan?" -Wafa 

"Persahabatan bukan tentang siapa yang datang lebih dulu, bukan siapa yang lebih lama kamu kenal. Tetapi mereka yang datang dan tak pernah pergi." -Aku



"Ehh.. awak-awak! awak tau tak tanggungjawab sebagai seorang sahabat?"

"Err.... Jap saya nak tanya ustazah saya kejap." *err.. mana ustazah ni? jawaplah fon. Alorh. Ustazah 
tak angkat fon pulak dah.. Eh! aku ingat dah!

"Ha! Baru saya ingat, tanggungjawab sebagai seorang sahabat ialah sentiasa 
memimpin tangan sahabatnya ke arah kebaikan." *eh. betul ke tak apa yg aku cakap?

"Ouhh.. Baru saya tau tanggungjawab sebagai seorang sahabat. Syukran ya ukhti."

"Afwan. Dah ada ilmu kenalah share dengan orang lain."


  
" Setiap pertemuan pasti ada perpisahan"

Teruskan bermujahadah wahai sahabatku!

Teruskanlah perjuangan.

Ke titisan darah yang terakhir 

Dan . . .

Hidupkanlah bulatan gembira kita suatu hari nanti.

Ada jodoh kita jumpa lagi sahabat!

Insya Allah

Wednesday, November 27, 2013

Cinta itu fitrah


Cinta . . .
Dalam diri kita mesti ada sifat ingat dimiliki atau memiliki. Itu fitrah. Tak salah kalau kita ada rasa sayang terhadap seseorang. Tipu lah kalau kita kata tak ada kan? Dan yang paling penting cinta itu suci tetapi kita yang mengotorinya. 

Zaman sekarang ramai remaja yang sedang melayan 'cinta' mereka dengan cara bercouple. Bercouple bertahun-tahun then putus, couple lagi putus lagi. Tak penat ke buat benda yang tak dapat faedah pun. 
 Sebelum nak labuhkan tirai cinta pada manusia, kukuhkan dulu cinta pada Ilahi. Baru awesome, Allah pun berkati. Kalau kau kata yang kahwin muda 'gatal' dan yang bercouple ni 'perkara normal' kau kena check balik diri kau. Something wrong. Kalau dah tak tahan sangat 'nafsu' nak bercouple tu, lebih baik ajak makayah pegi masuk meminang ja orang yang teristimewa tu. Senang cerita.. Tak ada lah banyak dosa yang kita buat. 

Thursday, October 24, 2013

Nikmat penglihatan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, exam dah habis. *rasa nak lompat bintang 44. Eh. 
Wah, sudah bersawang blog aku ni. Dah tiga minggu aku tinggal blog sebab repair untuk exam.
Tengok tajuk entry dekat atas tu. "Nikmat penglihatan? macam pelik ja."
  
Baru-baru ni aku ternampak sepasang suami isteri yang buta sedang melintas jalan.
Tiba-tiba aku bertanya kepada diri aku sendiri, "kalau aku buta macam mana? Mesti semua 
orang akan tak akan layan aku, dan membenci aku." ya Allah :'(

Cuba kita tutup mata kita seminit. Tentu kita tidak boleh melakukan kerja dengan mata 
yang tertutup, kerana kita sudah terbiasa dengan mata yang terbuka. Tapi macam mana pula
dengan orang yang buta penglihatannya sejak dilahirkan didunia. Dia tidak pernah melihat 
ibubapa, dunia, malah wajahnya sendiri. Mereka sangat berbeza dengan kita yang dapat melihat 
segalanya tetapi kita tidak mengunakan nikmat penglihatan dengan baik. Walaupun mereka 
buta penglihatan, tetapi mereka tidak buta ilmu pergetahuan malah mereka boleh menghafal
al-Quran lebih dari kita. 

Gunalah nikmat penglihatan kita dengan baik. Allah boleh ja tarik balik pinjaman 
diberikan kepada kita. Kalau mata sakit, pergilah cuci mata dengan ayat al-Quran
tapi bukan pergi tengok orang yang bukan mahram pula ye. c:

Saturday, September 28, 2013

Dakwah adalah Cinta

Alhamdulillah,
Allah temukan aku dengan seorang kak senior yang selalu menasihati aku,
namanya sangat sesuai dengan keperibadiannya, Aliyah- tinggi, yang paling mulia
dia selalu menceriakan aku di kala aku sedih dan dia lah yang memberi semangat di kala 
aku sedang menimpa masalah.

Dia jugalah selalu ingatkan aku supaya mengigati pencipta makhluk

dia jugalah yang selalu memberi kata-kata semangat kepada aku
Aku sangat terharu dengan ayat yang pernah dia tulis dalam blognya, tetang aku 
dan sahabat-sahabat aku yang lain.. 
"Berikan mereka kekuatan dalam jalan dakwahMu ini.
 tetapkan mereka dalam nikmat Iman dan Islam."

Ya Rab,

Bila aku melihat dia, aku merasakan diriku ini kerdil 
dia terlalu sempurna buat aku
dia banyak pengatahuan tetang agama
Aku ? ?
Aku cumalah manusia yang mulut hanya berkata Islam tapi hati aku ini hanya 
Allah yang tahu apa isinya

Insya Allah,

Aku merasakan dialah akan bangun berdiri teguh menegakkan agama Islam
dan dialah yang akan memimpin remaja ke arah kebaikan..

Teruskan dakwahmu Kak Aliyah! tariklah tanganku sekali ke lembah dakwahmu..

Saturday, October 13, 2012

it about woman



woman was made from the rib of man,
she was not created from his head to top him,
not from his feet to be stepped upon
she was made from his side to be close to him
from beneath his arm to be protected by him
near his heart to be loved by him...